Main Page

4 LANGKAH ASAS MULAKAN BISNES ONLINE

BAGAIMANA MEMULAKAN BISNES ONLINE: STEP-BY-STEP BAGI PEMULA [2022]

Bagi memastikan laman web ini 100% PERCUMA dan segala isi kandungannya berkualiti dan relevan, kami akan sentiasa mengemaskininya dari semasa ke semasa dengan sedaya upaya kami.

Misi penghasilan laman web ini adalah untuk memberi panduan berkaitan ASAS kepada pemula atau dalam istilah Inggeris Beginner

Oleh kerana, membina bisnes yang berjaya itu bukan hal yang mudah dan ia amat memerlukan usaha dan tindakan yang betul dalam setiap langkah yang dipilih. Maka, kami tampil dalam membina laman web ini untuk memudahkan pemula atau kepada mereka yang sudah banyak kali mencuba tetapi sering terjatuh.

Kami akan pastikan laman web ini akan dapat diakses sentiasa secara PERCUMA supaya anda dapat menjadikan ianya sebagai rujukan dan peringatan setiap kali kecundang.

email, email marketing, newsletter-4284157.jpg

LANGKAH 1 : TETAPKAN IDEA BISNES

 Nama pun bisnes, sudah semestinya wajib ada produk yang mahu dijual kepada pelanggan. 

3 jenis produk yang sesuai untuk anda pilih:-

  • Produk Fizikal
  • Perkhidmatan
  • Produk Digital (paling laris di internet)

Anda boleh baca di sini untuk mendapat contoh produk dan perkhidmatan untuk anda mulakan bisnes online anda.

website, responsive, creative-3374825.jpg

LANGKAH 2 : BINA LAMAN WEB

Laman web sangat penting untuk menjadi wakil anda ketika berhadapan dengan pelanggan anda. Ia bertindak sebagai penyampai maklumat produk, penyata masalah pelanggan, pembimbing pelanggan untuk membuat pembayaran dan paling penting ia melayan sepanjang masa 24/7 tanpa tidur, makan, dan bercuti seperti kita.

3 cara untuk anda bina laman web:-

  • Belajar Sendiri di Youtube (DIY)
  • Upah Web Developer/Designer
  • Sertai kursus/bengkel membina laman web di internet
money transfer, mobile banking, business-3588301.jpg

LANGKAH 3 : SEDIAKAN PLATFORM TERIMA BAYARAN

Misi bisnes online adalah untuk menjana duit secara online. Maka anda wajib memiliki platform terima bayaran dari pelanggan anda secara online dan segalanya adalah automasi.

Antara platform terima bayaran:-

network, digital marketing, share-3569734.jpg

LANGKAH 4 : MARKETING

Ini semestinya merupakan langkah yang paling penting. Tanpa marketing, bisnes anda tidak akan ke mana-mana. Mulakan marketing dengan FORMULA 3W dengan menjawab 3 soalan di bawah ini.

Ini merupakan ASAS MARKETING yang mesti anda lakukan dahulu:-

  1. WHO
  2. WHERE
  3. WHAT

Ruangan iklan. Hubungi admin@berniagaonline.com

Scroll To Top
  • Menu
Close

Your Cart 0

Close

Shopping cart is empty!

Continue Shopping