
IDEA BISNES [2022]
Bahagian ini adalah lanjutan untuk LANGKAH KE-1 iaitu untuk menetapkan produk atau perkhidmatan yang bakal kita jalankan selepas ini.
Sekiranya anda masih tiada idea untuk produk dan perkhidmatan yang mahu dijalankan, anda boleh dapatnya di dalam post ini.
Produk Fizikal
Bisnes baju kanak-kanak ini sesuai untuk ada lakukan. Anda perlu mencari supplier dan borong mengikut bajet anda. Anda boleh membina laman web e-dagang untuk display pelbagai jenis dan corak baju. Target Market adalah ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Gambar di atas ni merekakan salah satu channel telegram yang boleh anda ikuti untuk memborong baju kanak-kanak.
Walaupun boleh dikatakan pasaran tudung ini terlalu banyak persaingan. Namun, anda masih boleh menembusi pasaran dengan memahami keperluan pasaran dan dengan memfokuskan satu niche yang masih belum ramai ada.
Perkhidmatan
Anda tidak perlu memikir terlalu dalam bagaimana nak mendapatkan mesin pencetak baju atau alat-alat printing yang lain kerana anda boleh memulakan bisnes ini dengan menjadi perantara antara pelanggan anda dan syarikat printing. Anda cuma perlu mencari pelanggan yang ingin membuat baju untuk event, baju batch dan macam-macam lagi, seterusnya menempah baju tersebut di kedai printing.
Anda perlu mempelajari skill membina laman web atau mencari partner yang ada kepakaran dalam membina laman web untuk memulakan bisnes perkhidmatan ini.
Produk Digital
Cuba fikirkan 1 skill yang anda miliki atau lebih bagus ia merupakan kepakaran anda, kemudian promosikan kelas anda kepada prospek anda dan tetapkan jadual kelas online anda akan dijalankan.
Sama seperti kelas online, cuma bezanya ialah anda perlu menyampai segala maklumat yang berkaitan dengan bidang kepakaran anda melalui penulisan berbentuk electronic book atau e-book.